Pages

Friday, June 5, 2009

Saad bin Abi Waqaf

Beliau adalah Abu Ishak Malik bin Wuhaib bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah,dan ibunya bernama Hamnah, beliau memeluk islam ketika umurnya masih muda iaitu 17 tahun dan diantara sahabat nabi S.AW yang dijanjikan syurga secara khusus. Sejarah islam menyatakan bahawa beliau adalah orang yang ketiga memeluk islam, orang yang pertama melancarkan anak panah dalam perang fi sabilillah, turut serta dalam semua peperangan yang disetai oleh Rasullah SAW, pernah menjadi Gabenor ketika khalifah Umar dan Uthman serta menjadi salah seorang dari ahli Majlis Syura bersama-sama Uthman , Ali, Thalhah, Zubair, Abdul Rahman Auf, Said bin Zaid dan Abu Ubaidah Al-jarrah.



Saad bin Abi Waqaf sorang yang rendah tubuhnya serta kehitam-hitaman kulitnya. Menurut Ibnul Jauzi dalam sifatul sofwah, beliau dikurniakan dengan 34 orang putera dan puteri antaranya Ishak Al Akbar, Ummul Hakam Al-Kubra, Umar, Muhammad, Hafsah, Ummul Qassim, Kalthum, Amir, Ishak As-Sughra, Ummu Amru, Hindun, Ummu Zubair, Ummu Musa, Abdullah, Mus'ab, Abdullah Al-Asghar, Abdul Rahman, Humaidah, Umair Al-Akbar, Hamnah, Umar Al-Asghar, Amru, Imran, Ummu Amru, Ummu Ayub, Ummu Ishak, Soleh, Uthman, Ramlah, Amrah dan Aishah. Beliau pernah menikahi seramai 9 prng isteri iaitu anak perempuan Syihab bin Abdullah, Muawiyah binti Qais, Ummu Amir binti Amru. Khaulah binti Amru. Ummu Hilal binti Rabi', Ummu Hakim, Salma binti Hafsah, dan Zabiah binti Amir.



Dari Said Al-musayyib, bahawasanya Saad pernah menyatakan bahawa beliau memeluk islam ketikamana orang lain belum menerima seruan islam dan insane yang kettika masuk islam selepas Khadijah dan Abu Bakar. Ali bin Abi Talib menaqalkan seperti yang diriwayatlan Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasullah SAW tidak pernah bersumpah atas nama ibubapa baginda melaikan kepada Saad seperti sabda baginda SAW di perang Uhud : " lancarkan anak panahmu wahai Saad! Aku n kedua ibubapa ku". Malah Rasullah juga pernarnah mendoakan beliau dengan sabdanya : Ya Allah! Berikanlah ketetapan dalam setiap lontan anak panahnya, seerta kabulkanlah segala doanya", Allah SWT telah mengabulkan doa baginda SAW tersebut melalui doa Saad yang mana beliau pernah hinggalah anak-anakku baligh", dan doanya itu termakbul.



Dalam riwayat yang lain, dinyatakan bahawa Ibnu Umar bertanya kepada Umar Al-Khatab tentang perbuatab menyapu air di atas khuf seperti dilakukan oleh Saad, maka jawab Umar", jika kamu dapati Saad melakukan sedemikian maka kamu tidak perlu sangsi tentangnya kerana sudah pasti dia (Saad) mengambilnya ( perbuatan menyapu muka pada khuf ) daripada Rasullah Saw",



Abu Ishak Saad bin Abi Waqqas meningal dunia semasa umurnya mencecah 70 tahun atau 82 tahun pada tahun 55 Hijri, iaitu sahabat yang terakhir meninggal dunia dari kalangan Asyarah Al-Mubasyirin ( 10 Yang Dijanjikan Syurga) di Aqiq, kira 10 batu dari Madinah Al-Munawwarah. Beliau disemadikankan dan dikafan dengan pakaian yang pernah dipakainya semasa menyertai Perang Badar di tanah perkuburan Baqi' di Madinah. Anas menyatakan : Saad meninggal di Aqiq lalu dibawa pulang ke Madinah untuk di semadikan disitu. Ramai sahabat baginda SAW yang turut hadir pada pengembumianya termasuklah para isteri Rasullah SAW sepertimana yang dinyatakan oleh Aishah bahawasanya beliau dan Ummahatul Mukminin yang lain turut serta ketika jenazah Saad dihantar ke Masjid Nabi SAW untuk disembahyangkan.

No comments: