Pages

Thursday, April 9, 2009

amalan : syurga


Sudah menjadi kelaziman, setiap lima tahun sekali Negara kita Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum, pada saat itu, semua parti yang bertandingkan akan berkempen dan menyatakan manifesto masing-masing, untuk menarik minat undian pengundi-pengundi.

Setiap undian itu nilainya amat besar dan bermanfaat, kerana satu undi sahaja dapat menentukan parti mana yang layak memerintah sesebuah kerajaan. Begitulah juga manusia setiap amalan yang dilakukan di dunia ini akan menentukan kedudukan seseorang di akhirat kelak. Sama ada Syurga @ Neraka. Oleh itu, marilah kita sama-sama membaca kisah dibawah ini…..

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala.

Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya.

Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.

Dari kisah yang ringkas ini bolelah kita sama-sama mengambil beberapa moral & iktibar darinya.

* allah bersifat penyayang

* Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya amalan sunat

* Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka

* Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mahu melepaskan diri dari azab yang pedih

* Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah

Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki .

Thursday, April 2, 2009

MUHASABAH DIRI


Sahabat-sahabatku yang dikasihi………

Sesiapa yang menghisab dirinya sebelum dihisab maka akan diringankan hisabannya di akhirat kelak serta didatangkan jawabnya ketika disoal dan keelokan tempat kembali. Sebaliknya sesiapa yang tidak menghisab dirinya maka berkekalanlah kedukaannya dan panjanglah penghisabannya di Hari Pembalasan.

Justeru, hendaklah kita bermuhasabah dan menyoal diri sendiri, adakah kita akan terlepas daripada dihisab? Oleh itu segeralah bermuhasabah sebelum terlambat.

Diri manusia ini boleh kita umpamakan dengan sebuah kereta, kebiasaanya sebuah kereta akan dihantar ke workshop sebulan sekali untuk servis @ tukar minyak 4T, sekiranya minyak 4T itu tidak ditukar selepas sebulan sudah tentu enjin itu tidak berfungsi dengan baik, begitulah juga diri manusia ,sekiranya tidak servis diri @ bermuhasabah diri paling kurangnye seminggu sekali begitulah akan jadinya, (betul ke x tahu,aku buat umpamaan tu)

Sekiranya betul apa aku tulis kat atas tue....marilah sama-sama kita lihat marhalah @ peringkat untuk muhasabah yang telah ditetapkan oleh Iman Al-Ghazali seperti mana berikut:

Marhalah Pertama: Al Musyarothoh

Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan yang soleh manakala kerosakan diri adalah berpunca daripada maksiat dan kejahatan.

Marhalah Kedua: Al Murokobah

Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan dan perhatikanlah dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala lantas melakukan maksiat terhadapnya maka segeralah bertaubat dan baikilah diri dengan mentaati segala suruhan dan larangannya.

Marhalah Ketiga: Al Muhasabah

Apabila seseorang hamba itu menghisab dirinya pada akhir waktu, adakala rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan. Justeru, sewajarnya hamba itu memuji Allah, berdoa dengan penuh kesabaran dan thabat diatas perkara tersebut. Sekiranya, kehidupan seharian hamba itu dipenuhi dengan maksiat dan dosa maka hendaklah dia berhenti, mencela dan menegah dirinya daripada mengulangi apa yang telah dilakukan sebelum itu.

Marhalah Keempat: Al Muakobah

Amaran dan tegahan untuk tidak melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan iqab (denda) yang zahir agar iqab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa atau maksiat yang telah dilakukan.

Diriwayatkan bahawa Saidiana Umar Al Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat Asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama’ pula mewajibkan diri dengan berpuasa selama setahun, berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya bertujuan untuk menta’dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.

Marhalah Kelima: Al Mujahadah

Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melaksanakan iqab dan bermujahadah dari masa ke semasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wataala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur di pertengahan jalan.

Seruanku buat sahabat-sahabat yang dikasihi, segeralah bermuhasabah serta ingatlah hala tuju dan persediaan kita untuk berhadapan dengan Hakim yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. Adakah hari yang kita lalui kini lebih baik daripada semalam?

*Setakat nie dululah ..aku minta diri lu...aku nak gi breakfast lu, sudin (roommate) aku buat jeput (cekodok) tue...kalau lambat habis pulak......ok.....