Pages

Monday, July 20, 2009

Ayat-ayat pelindung diri

Abu Muhammad Abdullah bin Yahya Mas’abi seorang dari sahabat Syafie,beliau merupakan imam yang soleh dari Negara Yaman…..Telah diriwayatkan, sesungguhnya orang ramai telah memukulnya dengan menggunakan pedang akan tetapi beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Maka orang ramai bertanya mengenainya.

Lalu beliau berkata: aku telah membaca firman Allah Taala ;



{وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ}(البقرة/255)

Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

{وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً}

Dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan)

{إِنَّ رَبِّي عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ}(هود/57)

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu."

{فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ}(يوسف/64)

Kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".

{ لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ}

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah

{إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ}(الحجر/9)

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

{وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ}(الحجر/17)

Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

{وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا }

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal

{وَرَبُّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ}(سبأ/21)

Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

{ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ}(فصلت/12)

Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

{حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا أَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيلٍ}(الشورى/6)

Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.

{وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ}(الإنفطار/10)

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

{كِرَامًا كَاتِبِينَ}(الإنفطار/11)

Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)

{يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ}(الإنفطار/12

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

{إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ}(الطارق/4)

Setiap orang ada penjaganya


{إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ}(12). {إِنَّهُ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ }(13). {الْغَفُورُ الْوَدُودُ }(14). {ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ}(15). {فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ}(16). {هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْجُنُودِ}(17). {فِرْعَوْنَ وَثَمُودَ}(18). {بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي تَكْذِيبٍ}(19). {وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ }(20). {بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيدٌ}(21). {فيِ لَوْحٍ مَحْفُوظٍ }(22). سورة البروج.

[12Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

13] Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

14] Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

15] Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

16] Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

17] Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

18] (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh)

19] Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

20] Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)

21] (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

22] (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.


Saudaraku : ayat diatas ini dibaca oleh orang-orang yang beriman pada setiap kali ditimpa kesusahan bersama berdoa mengurangkan masaalah yang menimpa.

Tuesday, July 7, 2009

Shift Your Paradigma



Teori paradigma mula dikemukakan oleh Thomas Khun,profesor fizik di Institut Teknologi Massachussuttes, 1962. Perkataan-perkataan yang membawa maksud paradigma ialah teori, model, kaedah, prinsip, standard, protokol, kebiasaan, andaian, lembaga, nilai, adat, kepercayaan, aliran, prejudis, tradisi, budaya, akal biasa, petua dan ideologi.

Untuk melakukan perubahan paradigma, bererti kita perlu mencipta paradigma baru tanpa terkongkong dengan paradigma yang lama. Cuba renungkan contoh perangkap paradigma ini, yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada sekelompok manusia.

Antara kisahnya, sehingga tahun 1968, negara Switzerland adalah pengeluar teknologi jam. Ianya diiktiraf dunia dengan mutu spring, bearing dan gear jam-jam Swiss. Namun malapetaka bermula pada tahun 1980 apabila penguasaan jualan jam syarikat Swiss ini merudum dari 60 % kepada hanya kepada 10% dalam pasaran dunia. Ini kerana mereka terpenjara dengan paradigma lama.

Tahun 1967 Institut Penyelidikan Swiss di Neuchatel telah berjaya mencipta teknologi pergerakan elektronik kuartza dan teknologi ini ditayangkan kepada syarikat pembuat jam Swiss. Tetapi kesemuanya menolak teknologi tersebut, hanya kerana ianya menggunakan bateri, bukan kunci, ianya tidak menggunakan spring, bearing dan gear. Mereka berpendapat teknologi ini tidak sesuai untuk membuat jam. Justeru teknologi ini akhirnya diaplikasikan oleh syarikat Seiko, yang mana pada ketika itu jepun hanya menguasai 1% pasaran jam dunia. Berakhirnya penguasaan syarikat Swiss dalam pembuatan dan penjualan jam kerana blok mental yang wujud.

Paradigma penting, kerana dengannya manusia dapat mengenali dan menghadapi dunia realiti. Kita dapat mengenal kerbau sebagai kerbau bukannya sebagai kambing kerana pola yang telah wujud dalam pemikiran kita yang terhasil melalui pengalaman. Paradigma ini tidak perlukan anjakan. Namun dalam merancang gerak kerja, melahirkan idea baru paradigma perlu berubah. Paradigma lama perlu diketepikan sama sekali untuk menghasilkan paradigma baru. Keterikatan dengan teori lama akan menyebabkan minda kita tertutup dan daya usaha kita lumpuh.

Ramai yang tidak hadir usrah kerana paradigma mereka mengatakan aktiviti ini hanya untuk golongan yang berpersatuan, haraki dan ahli yang thiqah sahaja. Manakala yang hadir usrah pula akhirnya culas untuk datang dalam perjumpaan mingguan, bulanan dan sebagainya. Sebenarnya golongan ini masih terperangkap dengan kepercayaan, kaedah dan prinsip lama.

Teori paradigma berusaha untuk melahirkan idea-idea baru yang tidak terikat dengan idea lama. Idea yang ditimbulkan mungkin dianggap tidak masuk akal, mustahil, dan sebagainya bila idea ini disorot melalui sesuatu paradigma. Namun melalui paradigma yang lain ianya dianggap baik, praktikal, menguntungkan dan kreatif. Paradigma lama dalam usrah ialah ianya berbentuk formal, dibuat di rumah ahli usrah, perbincangan yang wajib mengikut muqorror dan kitab yang ditetepkan. Paradigma baru perlu difikirkan. Apa salahnya usrah diadakan di taman, kedai kopi, restoran atau pantai. Aktiviti ilmiah kadang-kadang boleh diganti dengan berriadah, rehlah atau hanya sekadar minum-minum.


Naqib kebiasaanya berpendapat ahli hanya akah dapat disatukan melalui majls ilmiah yang mereka laksanakan. Pelbagai Paradigma baru boleh dicipta. Antaranya adakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan ahli usrah bekerjasama tidak kira dari pelbagai aspek. Dan boleh juga diadakan aktiviti kepada ahli usrah supaya mereka merancang sebuah program atau aktiviti, secara tidak lansung mereka akan bekerjasama dari mengemukakan idea, pandangan dan tenaga.

Paradigma lama dilihat sebagi batu penhalang yang tidak perlu dipatuhi. Ramai akan mempertahankannya kerana berdasarkan hujah pengalaman keberkesanannya satu ketika dahulu. Inilah yang perlu dihadapi dalam penghasilan dan penerokaan paradigma baru. Kritikan, cemuhan, idea gila, tak praktikal dan realistik merupakan cemuhan biasa yang perlu di pekak tulikan telinga. "Semangat yang tinggi selalunya menghadapi tentangan yang hebat daripada minda lemah" inilah ungkapa yang pernah dilafazkan oleh Albert Einstein dalam menggambarkan tentangan-tentangan yang akan wujud. Hanya apabila teori mereka berjaya barulah golongan yang setia dengan paradigma lama ini akan berubah.

Didalam islam juga mengalakkan para penganutnya melakukan perubahan dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik. Firman Allah :




Allah Taala berfirman;“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”.ar Ra'ad (13:11)


Sudah tentunya paradigma baru akan menghasilkan sesuatu yang baru. Bagaimana kalau kita membaca sejarah tentera Islam dapat menawan Konstantinopel sekiranya Sultan Muhammad Al-Fatih tidak terfikir paradigma baru, yang mana bandar itu gagal dijatuhkan selama 800 tahun. Pada tahun 1187 masihi Baitu Maqdis di tawan semula oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya. Semasa dalam pemerintahannya beliau berjaya menyatukan umat islam dari lembah Nil hingga ke lembah Furat. Beliau juga berjaya menyatukan mereka apbila di ajak berjihad tiada seorang dari mereka memberontak.

Paradigma baru hanya akan berjaya sekiranya kita mampu membebaskan diri daripada belenggu paradigma lama. Minda perlu diaktifkan dan dikreatifkan. Senaman minda akan membangkitkan otak untuk berfikir. Jangan mandulkan otak anda, bangkitkan nafsu minda daripada kelesuan.

Oleh itu, kepada para daie’ perlulah berfikiran kreatif dan bijak disana bukan sekadar bijak disini untuk menawan hati madue’ agar sentuhan dakwah lebih berkesan. Seiring dengan itu juga para mahasiswa/mahasiswi, harus berfikiran seperti para daie juga. Walaupun bagi mahasiswa/i ia bukan merupakan gelangang yang sebenar untuk berjuang tetapi manfaatkan lah peluang yang ada supaya apabila turun ke gelangang sebenar kita tidak akan berasa “kekok” untuk menggunakan skill yang ada pada diri kita.

Sudah menjadi kebiaasan apabila kita mengadakan sesuatu yang baru pasti akan datang kepada kita ancaman, cacian, tomahan dan sebagainya. Marilah sama-sama kita paradigma baru dalam kehidupan kita, supaya kiata tidak akan ketinggalan zaman. Ketepikan cacian dan tomahan itu jauh dari kamus hidup kita kita.

Thursday, July 2, 2009

Bacalah.....



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tiada yang akan membelinya dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,



"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.



"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.


"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".



Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,


"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya


"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ..