Pages

Tuesday, July 7, 2009

Shift Your Paradigma



Teori paradigma mula dikemukakan oleh Thomas Khun,profesor fizik di Institut Teknologi Massachussuttes, 1962. Perkataan-perkataan yang membawa maksud paradigma ialah teori, model, kaedah, prinsip, standard, protokol, kebiasaan, andaian, lembaga, nilai, adat, kepercayaan, aliran, prejudis, tradisi, budaya, akal biasa, petua dan ideologi.

Untuk melakukan perubahan paradigma, bererti kita perlu mencipta paradigma baru tanpa terkongkong dengan paradigma yang lama. Cuba renungkan contoh perangkap paradigma ini, yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada sekelompok manusia.

Antara kisahnya, sehingga tahun 1968, negara Switzerland adalah pengeluar teknologi jam. Ianya diiktiraf dunia dengan mutu spring, bearing dan gear jam-jam Swiss. Namun malapetaka bermula pada tahun 1980 apabila penguasaan jualan jam syarikat Swiss ini merudum dari 60 % kepada hanya kepada 10% dalam pasaran dunia. Ini kerana mereka terpenjara dengan paradigma lama.

Tahun 1967 Institut Penyelidikan Swiss di Neuchatel telah berjaya mencipta teknologi pergerakan elektronik kuartza dan teknologi ini ditayangkan kepada syarikat pembuat jam Swiss. Tetapi kesemuanya menolak teknologi tersebut, hanya kerana ianya menggunakan bateri, bukan kunci, ianya tidak menggunakan spring, bearing dan gear. Mereka berpendapat teknologi ini tidak sesuai untuk membuat jam. Justeru teknologi ini akhirnya diaplikasikan oleh syarikat Seiko, yang mana pada ketika itu jepun hanya menguasai 1% pasaran jam dunia. Berakhirnya penguasaan syarikat Swiss dalam pembuatan dan penjualan jam kerana blok mental yang wujud.

Paradigma penting, kerana dengannya manusia dapat mengenali dan menghadapi dunia realiti. Kita dapat mengenal kerbau sebagai kerbau bukannya sebagai kambing kerana pola yang telah wujud dalam pemikiran kita yang terhasil melalui pengalaman. Paradigma ini tidak perlukan anjakan. Namun dalam merancang gerak kerja, melahirkan idea baru paradigma perlu berubah. Paradigma lama perlu diketepikan sama sekali untuk menghasilkan paradigma baru. Keterikatan dengan teori lama akan menyebabkan minda kita tertutup dan daya usaha kita lumpuh.

Ramai yang tidak hadir usrah kerana paradigma mereka mengatakan aktiviti ini hanya untuk golongan yang berpersatuan, haraki dan ahli yang thiqah sahaja. Manakala yang hadir usrah pula akhirnya culas untuk datang dalam perjumpaan mingguan, bulanan dan sebagainya. Sebenarnya golongan ini masih terperangkap dengan kepercayaan, kaedah dan prinsip lama.

Teori paradigma berusaha untuk melahirkan idea-idea baru yang tidak terikat dengan idea lama. Idea yang ditimbulkan mungkin dianggap tidak masuk akal, mustahil, dan sebagainya bila idea ini disorot melalui sesuatu paradigma. Namun melalui paradigma yang lain ianya dianggap baik, praktikal, menguntungkan dan kreatif. Paradigma lama dalam usrah ialah ianya berbentuk formal, dibuat di rumah ahli usrah, perbincangan yang wajib mengikut muqorror dan kitab yang ditetepkan. Paradigma baru perlu difikirkan. Apa salahnya usrah diadakan di taman, kedai kopi, restoran atau pantai. Aktiviti ilmiah kadang-kadang boleh diganti dengan berriadah, rehlah atau hanya sekadar minum-minum.


Naqib kebiasaanya berpendapat ahli hanya akah dapat disatukan melalui majls ilmiah yang mereka laksanakan. Pelbagai Paradigma baru boleh dicipta. Antaranya adakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan ahli usrah bekerjasama tidak kira dari pelbagai aspek. Dan boleh juga diadakan aktiviti kepada ahli usrah supaya mereka merancang sebuah program atau aktiviti, secara tidak lansung mereka akan bekerjasama dari mengemukakan idea, pandangan dan tenaga.

Paradigma lama dilihat sebagi batu penhalang yang tidak perlu dipatuhi. Ramai akan mempertahankannya kerana berdasarkan hujah pengalaman keberkesanannya satu ketika dahulu. Inilah yang perlu dihadapi dalam penghasilan dan penerokaan paradigma baru. Kritikan, cemuhan, idea gila, tak praktikal dan realistik merupakan cemuhan biasa yang perlu di pekak tulikan telinga. "Semangat yang tinggi selalunya menghadapi tentangan yang hebat daripada minda lemah" inilah ungkapa yang pernah dilafazkan oleh Albert Einstein dalam menggambarkan tentangan-tentangan yang akan wujud. Hanya apabila teori mereka berjaya barulah golongan yang setia dengan paradigma lama ini akan berubah.

Didalam islam juga mengalakkan para penganutnya melakukan perubahan dari sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik. Firman Allah :




Allah Taala berfirman;“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”.ar Ra'ad (13:11)


Sudah tentunya paradigma baru akan menghasilkan sesuatu yang baru. Bagaimana kalau kita membaca sejarah tentera Islam dapat menawan Konstantinopel sekiranya Sultan Muhammad Al-Fatih tidak terfikir paradigma baru, yang mana bandar itu gagal dijatuhkan selama 800 tahun. Pada tahun 1187 masihi Baitu Maqdis di tawan semula oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya. Semasa dalam pemerintahannya beliau berjaya menyatukan umat islam dari lembah Nil hingga ke lembah Furat. Beliau juga berjaya menyatukan mereka apbila di ajak berjihad tiada seorang dari mereka memberontak.

Paradigma baru hanya akan berjaya sekiranya kita mampu membebaskan diri daripada belenggu paradigma lama. Minda perlu diaktifkan dan dikreatifkan. Senaman minda akan membangkitkan otak untuk berfikir. Jangan mandulkan otak anda, bangkitkan nafsu minda daripada kelesuan.

Oleh itu, kepada para daie’ perlulah berfikiran kreatif dan bijak disana bukan sekadar bijak disini untuk menawan hati madue’ agar sentuhan dakwah lebih berkesan. Seiring dengan itu juga para mahasiswa/mahasiswi, harus berfikiran seperti para daie juga. Walaupun bagi mahasiswa/i ia bukan merupakan gelangang yang sebenar untuk berjuang tetapi manfaatkan lah peluang yang ada supaya apabila turun ke gelangang sebenar kita tidak akan berasa “kekok” untuk menggunakan skill yang ada pada diri kita.

Sudah menjadi kebiaasan apabila kita mengadakan sesuatu yang baru pasti akan datang kepada kita ancaman, cacian, tomahan dan sebagainya. Marilah sama-sama kita paradigma baru dalam kehidupan kita, supaya kiata tidak akan ketinggalan zaman. Ketepikan cacian dan tomahan itu jauh dari kamus hidup kita kita.

1 comment:

Muhammad Iz'aan Bin Azalan said...

nice post, i already intrsted about it, i hope u will publish anything like this later